Kasus Pembantu Rumah Tangga

Cheras Maret 2003. Seorang pembantu rumah warga asing melarikan diri bersama pasport dan wang tunai majikan berjumlah RM.2,800. Wanita berkenaan, Yubaa dari Majalengka Jawa, di percayai melarikan diri pada wkatu tengah hari selepas bekerja hampir empat bulan dengan majikannya seorang kaki tangan petronas, Ismail Johari dan isterinya Kamsiah Ismail di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Selangor. Majikannya itu membuka akaun bank untuk gaji Yubaa yang memperoleh RM250 sebulan. Ismail kerugian wang tunai itu serta wang bayaran RM.2,800 yang di serahkan kepada agensi pekerja asing di Pantai Dalam. Tumpat Mei 2003. Seorang penjaga kehilangan barangan kemas dan wang tunai berjumlah lebih RM,100 000 yang hendak di jadikan hantaran perkahwinan adiknya di Kampung Kok Pasir Tumpat Kelantan. Ia di curi oleh pembantu rumah warga Indonesia yang baru empat bulan di ambil bekerja di rumah emak peniaga berkenaan. Berdasarkan maklumat orang ramai, polis berjaya menahan wanita berkenaan di sebuah rumah kosong di Kampung Palekbang tidak sampai 24jam selepas laporan polis(polisi)di buat. Polis turut menjumpai semua barangan kemas dan wang tunai di dalam rumah berkenaan. IPOH April 2003. Seorang wanita asing yang memasuki negara ini lebih lapan bulan untuk bekerja sebagai pembantu rumah akhirnya melarikan diri dari pada majikan asalnya kerana perselisihan faham. Dia menyembunyikan diri di sebuah pondok berhampiran sebuah kebun sayur di Kampung Simee dekat Ipoh, Perak. Pada masa yang sama wanita rakyat Indonseia yang berusia 28 tahun itu turut menggoda pekebun sayur berkenaan yang berusia 50 tahun. Oleh karena tidak tahan dengan godaan lelaki itu membuat laporan kepada jabatan imigresen yang kemudian menahan wanita berkenaan. PETALING JAYA Januari 2000. Seorang pembantu rumah Nurjanah Matiah, 48, di dera oleh majikannya bekas eksekutif swasta, Yap Saw Li, 50, yang memaksanya menjilat air kencing dan memakan rambutnya sendiri. Nurjanah juga pernah di sepit telinga dengan penyepit kain lalu di tarik sekuat-kuat hati. Selain itu Nurjanah turut di rotan di kepala, di terajang di perut, di siram dengan air serta di pukul dengan papan, penyapu lantai dan selipar(sandal). Pembantu rumah warga dari Pontianak, Kalimantan, Indonesia itu mendakwa jka dia melakukan kesilapan menumpahkan air, dia di suruh melutut dan terus di rotan manakal rambutnya di tarik hingga tercabut dan bibirnya di tumbuk sehingga berdarah. Ibu kepada tiga orang anak itu bekerja dengan Yap sejak 1997. IPOH Februari 2000. Kusiah Manijan, pembantu rumah warga Indonesia yang menjadi mangsa dera isteri majikannya di masukan ke Ubit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Ipoh setelah mengalami cedera parah dan retak tempurung kepalanya akibat di belasah dengan seketul batu besar. Ketika kejadian majikan lelaki dan seorang anaknya sedang tidur di tingkat atas banglo dua tingkat di Taman Caning. Kejadian berlaku di tingkat bawah. KUALA LUMPUR Maret 2002. Polois menyelamatkan seorang pembantu rumah warga negara Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa dera isteri majikannya. Pembantu rumah berusia 37 tahun itu di katakan cedera setelah kepalanya di hantuk ke dinding dan di sebat beberapa kali menggunakan tali pinggang. Kejadian di percayai berlaku kira-kira pukul lima petang kerana mangsa gagal mengapur kasut sekolah anak majikannya. Polis mendapati wanita tersebut telah telah bekerja di rumah itu sejak tiga tahun lalu. PULAU PINANG Agustus 2002. Polis menyelamatkan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang di percayai di dera oleh majikannya, seorang wanita yang tak berpuas hati denga kerja-kerja pembantu rumahnya itu. Wanita berusia 31 tahun yang berasal dari jawa tengah itu di selamatkan pukul 11 pagi di sebuah premis Batu Feringghi. Dia berada dalam keadaan menggigil, kakinya kecut dan kemerah-merahan, lebam di kaki serta tangan. Mangsa(korban) mendakwa sering di cubit dan di pukul dengan getah paip (selang). PETALING JAYA Oktober 2002. Seorang pembantu rumah, Dioh Sharif, 42, di dera oleh majikannya, seorang peniaga cakera padat video(VCD), Gan Lye Kian pada 7 Juli 2002. Dioh di pukul oleh majikannya menggunakan rotan sehingga rotan sebesar jari kelingking itu pecah. Dioh mendakwa dia di pukul bertalu-talu sehingga bahagian belakang badan serta kepalanya berdarah. Seorang pembantu rumah warga Indonesia lari dari rumah setelah perbuatannya mendera bayi berusia empat bulan di kesan oleh majikannya. Kejadian itu di sedari apabila bapa kepada bayi tersebut mendapati kesan lebam seperti di pukul dengan penyangkut baju pada bahagian belakang. Majikan tersebut telah membuat laporan kepada pihak polis. ( Oktober 2007 ) Terdapat kes pembantu rumah warga Indonesia beraga Islam di paksa memotong, memasak dan memakan daging babi dan di larang mendirikan shalat oleh majikan di negara ini. Ketua bagian kanselor kedutaan Republik Indonesia, Soepeno Sahid menyatakan rasa kesal di atas kejadian yang berlaku. Ia menjadi punca kepada pekerja rasa tertekan dan bertindak melarikan diri. ( Februari 2003 ) Seorang pembantu rumah warga Indonesia melarikan diri dari rumah majikan di Taman baung, Pangkalan Chepa Kelantan kerana tidak tahan di dera sejak tiga bulan lalu setelah 10 bulan berkhidmat. Terdapat kesan lebam di bawah kedua mata, lengan dan badan yang di percayai kena rotan. Majikan di katakan tidak berpuas hati dengan kerja yang di lakukan. ( September 2006 ) Seorang nenek berusia 56 tahun merayu pembantu rumahnya untuk memulangkan cucu kesayangannya, 18 tahun. Pembantu rumah tersebut di percayai lari dari rumah bersama cucunya di Flat Selayang, Jalan Putra pada pukul 12 tengah hari. ( Januari 2007 ) Dari berbagai sumber

0 komentar:

Poskan Komentar

Personal blog, kadang anti sama spammer yang hanya menyebar link. Lebih mengutamakan pertemanan antarpersonal. Komentar kembali dimoderasi masih banyak obat-obatan yang nyepam :D :P