Panduan Mendapatkan Pembantu di Malaysia

Garis Panduan Dan Syarat-syarat Pengambilan Pembantu Rumah Asing, sumber dari Jabatan Imigresen Malaysia, tidak semuanya aku tlis. Ada beberapa point yang tidak aku sebutkan. Soalnya, gak bias di copy paste :( #Pembantu Rumah Asing(PRA) perlu ada pas lawatan (kerja sementara) untuk bekerja dalam sector pembantu domestic. #PRA yang di benarkan masuk bekerja di Negara ini seperti Indonesia, Thailand, Kamboja, Filipina, Srilanka, India, Nepal, Vietnam dan Laos. #Majikan meski terdiri daripada suami atau isteri yang mempunyai anak di bawah 15 tahun yang perlu perhatian dan jagaan atau ibu bapak yang sakit/uzur. #Suami dan Isteri majikan mestilah bekerja dan hanya satu pembantu rumah asing yang layak di pohon untuk satu keluarga.. #Jumlah pendapatan bulanan majikan yang hendak menggajikan PRA warga Negara Filipina, Srilanka, India dan Nepal hendaklah tidak kurang RM.5000,00 manakala bagi warga Negara Indonesia, Thailand, Kamboja, Vietnam dan Laos ialah tidak kurang dari RM.3000,00. #Bakal PRA mestilah perempuan tidak kurang dari pada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun dan di sahkan sehat oleh pusat-pusat perubatan yang di lantik. #Bakal PRA mestilah berada di Negara asal dan masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang di ambil dari pejabat perwakilan Malaysia di Negara berkenaan. #Majikan di kehendaki membuat pemeriksaan kesehatan bagi PRA di klinik panel yang di lantik oleh Fomema Sdn. Bhd. Sebaik tiba di Negara ini dan mendapatkan endosmen PL(KS) di Jabatan imigressen Malaysia Negeri yang meluluskannya dalam masa satu bulan dari tarikh tiba. #PRA yang gagal pemeriksaan kesehatan tidak di benarkan bekerja dan majikan perlu mengurus penghantaran pulang segera dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigressen Malaysia. #Majikan hendajlah memastikan PRA di tugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah saja.(tidak termasuk cuci kereta). #Majikan di mestikan menyediakan kemudaha bilik/tempat tinggal yang sesuai untuk PRA lengkap dengan kemudahan asas dan makanan yang berkhasiat. PRA juga hendaklah di beri rehat secukupnya termasuk waktu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. #Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan PRA melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan dan tidak di suruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam. #Majikan hendaklah maklum bahwa PRA tidak di benarkan berkahwin dengan rakyat tempatan, rakyat asing atau pekerja asing yang bekerja di Negara ini semasa memegang PL(KS). #Majikan hendaklah memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan atau sector/bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigressen Malaysia. #Majikan bertanggung jawab menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukan kepada pihak jabatan apabila di minta untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar. Gaji PRA hendaklah di jelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan. #Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah tanggung jawab majikan. #Majikan bertanggung jawab melaporkan kepada Jabatan Imigressen Malaysia sekiranya PRA meninggal dunia, hilang atau melarikan diri dari tempat sepatutnya bekerja. Majikan atau agensi pekerjaan tidak di benarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan pada PRA. #Sekiranya majikan dan pasangannya bercerai, Jabatan Imigressen Malaysia berhak untuk memindahkan nama majikan PRA berkenaan kepada isteri atau majikan baru yang berkelayakan. #Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan atau pasangan atau warisnya di minta melaporkan kepada Jabatan Imigressen Malaysia penentuan majikan baru PRA berkenaan. #Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Imigressen Malaysia bagi PRA yang memohon berhenti atau di berhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigressen Malaysia bagi tujuan penghantaran pulang. #Jabatan Imigressen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang di keluarkan. #Jabatan Imigressen Malaysia mempunya kuasa untuk memindahkan yang di aniaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walopun tanpa persetujuan majikan asal. #Majikan yang ingin membawa PRA bekerja di luar Negara di kehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan Negara asal PRA berkenaan di Malaysia. #Majikan yang telah di beri kelulusan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan di senaraihitamkan dari pada mendapat kemudahan Pembantu Rumah Asing. #Majikan dan PRA hendaklah senantiasa mematuhi perkara-perkara yang di persetujui dalam perjanjian pekerjaan.

0 komentar:

Poskan Komentar

Personal blog, kadang anti sama spammer yang hanya menyebar link. Lebih mengutamakan pertemanan antarpersonal. Komentar kembali dimoderasi masih banyak obat-obatan yang nyepam :D :P