Tidak Semua, Fikirkanlah....

RM4,000 lesap pembantu rumah tak kunjung tiba KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah rugi lebih RM4,000 selepas terpedaya dengan janji manis seorang ejen pembantu rumah dipercayai ‘palsu’ berusia 50-an yang berlagak sopan dan lemah lembut. Menurut mangsa yang mahu dikenali sebagai Rosnah, 40-an, dia memerlukan pembantu rumah untuk menolong menjaga ibunya yang terlantar sakit di rumah. Katanya, dia mengenali ejen itu melalui adik iparnya sebelum berurusan dengan wanita itu untuk mendapatkan pembantu rumah. “Dia (suspek) bertutur dengan lemah-lembut dan sepanjang kami berurusan menyebabkan saya yakin dia tidak akan menipu,” katanya kepada di sini, semalam. Rosnah berkata, pada Februari lalu, wanita itu meminta wang RM4,400 sebelum berjanji akan mendapat pembantu rumah sebulan selepas itu. Menurutnya, dia turut menyediakan surat perjanjian bayaran pembantu rumah berkenaan ketika menyerahkan wang kerana khuatir penipuan berlaku. “Saya tahu banyak kes membabitkan ejen pembantu rumah palsu, jadi saya terfikir membuat surat perjanjian untuk dijadikan bukti. “Namun, wanita berkenaan tidak takut, malah turut menyerahkan salinan kad pengenalannya sebagai rujukan jika apa-apa berlaku,” katanya. Rosnah yang bertambah yakin selepas kejadian itu berkata, dia kemudian menghubungi semula ejen berkenaan untuk mengambil pembantu rumah yang dijanjikan. Bagaimanapun, mangsa mendakwa ejen berkenaan mula berdolak-dalik dengan memberikan pelbagai alasan serta memintanya menunggu lagi beberapa hari. “Selepas beberapa bulan, pembantu rumah masih tidak diberi, malah wang diberi kepadanya ‘lesap’. “Saya cuba berunding dengannya secara baik untuk meminta semula wang berkenaan sebelum dia sebaliknya menawarkan pembantu rumah dengan bayaran bulanan RM600,” katanya. Mangsa berkata, dia tidak bersetuju dengan tawaran berkenaan kerana sebelum ini ejen berkenaan berjanji memberi pembantu rumah dengan bayaran RM400 sebulan. “Kali ini, saya bosan dan tawar hati sebelum meminta semula wang yang dibayar, namun wanita itu masih memberi helah dengan memberitahu seorang lelaki akan memasukkan wang ke dalam akaunnya. “Saya percaya dan menunggu wang dimasukkan, namun sehingga hari ini tiada wang dimasukkan seperti dijanjikan,” katanya.

0 komentar:

Poskan Komentar

Personal blog, kadang anti sama spammer yang hanya menyebar link. Lebih mengutamakan pertemanan antarpersonal. Komentar kembali dimoderasi masih banyak obat-obatan yang nyepam :D :P